Hanya kerajaan dan Jemaah Menteri sahaja boleh berhak memutuskan samada Majlis Pemulihan Negara (MPN) perlu dibubarkan atau tidak, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.<br /><br />Dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, beliau berkata, MPN hanyalah badan penasihat kepada kerajaan, dan bertindak sebagai pelengkap dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan.